Terasa agak lama tidak
mengeluarkan entry yang baru..
Sibuk yang dialami pada masa ini
sangat berbeza jika dibandingkan dengan yang dulu…
Kehidupan sebagai penjawat awan
yang bergelar guru sememangnya mencabar kesabaranku…
Cabaran yang dilalui bukan
setakat mendidik anak orang untuk menjadi insane yang berguna…
Malahan tugas ini juga
memerlukan ketabahan hati untuk menangkis segala hasutan dan hasad dengki
individu lain yang berada disekelilingku…
Seperti apa yang kulakukan di depan mata mereka semuanya salah...
Masuk mengikut waktu yang diberikan juga menjadi satu hal...
apakan daya diri pada masa ini..
sabar dan bertahanlah selagi mampu..
benar kata orang setiap yang berlaku mempunyai pra dan kontranya
Semoga Tuhan memberikan kekuatan
kepada diri ini…