Social Icons

Pages

Wednesday, May 15, 2013

23 MEI


Next week à 23 Mei 2013
Zul...
Kami gaji sdh nie…
Tarikh nie genap dua bulan sudah ko kasi tinggal kmi…
26 nie raptai konvo oo zul….
27 konvo.kita sidang dua..
Huhuhu…sedih….
Sy ingt lg kta bekol nie…
Ko ribut betul mo beli tiket..
Sudahah masa tue sy sibuk sebab uncle sy sakit…
ko balik2 juga kol…
Trus sy blng nanti sy ctau ko aa.
Terus ko kol ewin…
Ko kena mrh kn..
Salah tarikh konvo ko kasitau dia kn…
Hehehe..Zul…
Sedih bha  berbaris tinggal 20 orang…
Aritue msa kami SPP pun ada lg nama ko nie…
Lepas zeck terus nama ko…
Biarpun ko xda di sna kn..
Saya tetap rasa ko sentiasa dengan kami..
Apapun saya berdoa semoga ko baik2 jak d sana..
We miss n Love you so much my dear friend....

Mati itu pasti


Kehilangan seseorang di dalam hidup merupakan suatu perkara yang sangat menyakitkan…
Ya, mati itu pasti…
Sudah tertulis bahawa setiap yang hidup pasti akan mati…
Dari DIA kita datang dan kepadanya kita akan kembali…

Entah kenapa sehingga saat dan ketika ini…
Diri ini masih lagi tidak dapat menerima pemergianmu…
Mungkin diri ini bukanlah individu yang paling layak untuk merasakan semua ini…
Tapi tiada kata yang dapat mengambarkan kesedihan yang dialami…

Kususun sepuluh jari tanda kemaafan…
Maaf andai perkara ini membuatkan dirimu tidak tenang di sana…
Setiap air mata yang mengalir tidak dipinta...

Pemergianmu begitu terasa bila tiada lagi panggilan telefon dan sms yang muncul…
Tiada lagi nada-nada cemas yang muncul…
Tiada lagi soalan berulang daripada dirimu…
Setiap hari diri ini menatap gambar kenangan diantara kita selama ini…
Betapa manisnya senyuman yang kau lakarkan…
Betapa baiknya dirimu terhadap kami…

Ya Tuhan, diri ini percaya bahawa setiap insan yang baik akan diambil lebih awal…
Kau tempatkanlah dirinya disisimu ya tuhan…
Berikanlah kekuatan kepada keluarganya untuk menerima semua ini..
Sesungguhnya dia merupakan seorang sahabat yang paling baik diri ini pernah miliki…
Jika masa boleh diputarkan semula akan kuhargai setiap detik dan masa dia bersama kami ya Tuhan..
Namun, semuanya telah berlalu dan tidak akan kembali lagi..